Harga Sebuah Cinta seorang

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork Pernah, satu masa, seorang Badwi menjadi mulia. Sang Nabi S.A.W. mengagih-agih harta rampasan perang dan Sang Badwi itu menolaknya. Katanya, aku tidak berjuang untuk semua emas dan perak. Jerihnya bukan untuk disanjung, susahnya bukan mahu didokong.

Sambil menunjukkan ke lehernya, katanya, "Aku hanya berjuang agar anak panah musuh dibenam dalam tengkukku ini, duhai Rasulullah."

Jelas. Tegas. Ikhlas.

Jawab Rasulullah S.A.W, "Kalau itu yang kamu mahu, moga Allah sampaikan hasratmu."

Kemudian terjadilah lagi peperangan. Berjuanglah para Mukmin mencari syahid, mencari syurga tertinggi langit. Syahadah, yang menjadi janji dengan Allah kini ternampak kesannya. Di medan tarung itu menjadi ramailah manusia yang percaya dan memuncak cintanya.

Seusai jihad, Muslimin mencari Sang Badwi. Ternyatalah telah tembus anak panah musuh di tengkuknya. Badwi telah syahid, terjumpa syurga tertinggi langit. Manusia-manusia yang tercelup dengan celupan Allah itu luar biasa.

Cintanya mendasar dalam dan rindunya memusat dendam. Dia bercinta dengan Tuhan, dan cintanya sangat dahsyat. Merasakan kebersamaan Allah dalam setiap inci kehidupannya, dan merindui Allah pada waktu lupanya. Di saat-saat susah dia mencari Allah. Pada waktu-waktu bahagia dia memuji Yang Maha Kaya.

Firman-firman Allah S.W.T, penguasa sekalian manusia,

“Celupan Allah yakni agama Islam, dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.” (Al-Baqarah:138)

"Dan di antara manusia yang menyembah Tuhan selain daripada Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman itu sangat besar cinta mereka kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya milik Allah, dan bahawa Allah sangat berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Al-Baqarah:165)

Dan menjadi resam, setiap yang bercinta itu berkorban. Kau sudah tahu cerita Taj Mahal dan Shah Jahan. Kini aku mahu berkisah tentang seorang sahabat namanya Mus'ab bin Umair. Sebelum Islam, beliau pembuat hati menjadi cair. Terlalu tampannya Mus'ab, sehingga para gadis tergila-gilakannya. Popular. Kaya. Dia yang paling ideal, paling sempurna.

Setelah beliau memeluk Islam, beliau syahid di medan Uhud. Saat dia mahu dikapankan, kainnya tidak cukup panjang. Ditutup kepalanya terdedah kaki. Ditutup kaki terdedah kepala. Lantas ditutup kepalanya dan diambil daun-daun kering untuk menutup kakinya.

Itu harganya cinta, teman. Cinta untuk Tuhan. Oh, apa sahaja yang sanggup aku dan kau korbankan? Bila pula kali terakhir aku dan kau meredam cinta-cinta yang memberhala di jiwa, selain cinta dengan Allah? Ujar para pentafsir, celupan Allah itu agama.

Ayuh, kita beragama. Menjaga solat yang lima. Istiqamah dalam membaca al-Quran. Khusyuk dalam rukuk. Menghamba di dalam sujud. Membasah lidah dengan zikrullah. Mencari teman-teman pengingat Allah. Menjadi sibuk dengan kuliah-kuliah. Berdoa, penuh mendesah. Tahajjud, menghapus salah. Dalam jutaan warna yang boleh kau corakkan jiwamu, warnakanlah dengan celupan Allah Yang Satu. Moga akhirnya mati sebagai pemenang.

sekian dan trima kasih sob tlah membaca :)
Berita Terlaris :

Terlaris:

Ini Kode Smiley Untuk Komentar Blogger Ya Sob Bukan Facebook


:a :b :c :d :e :f :g :h :i :j :k :l :m :n :o :p :q :r :s :t

0 Response to "Harga Sebuah Cinta seorang"

Post a Comment

Luangkan Waktu Sobat Untuk Mengisi Kotak Komentar Di Bawah Ini Agar Blog Ini Terus Maju :D
========
[-]No Spam
[-]No Sara
[-]No Porn
=========
[c] Admin Pujangga